Followers

Friday 25 December 2009

Kelinci

25.12.2009
10.00 pagi  -  Mama minta 5 ringgit. Hanisah mengecek dariku pagi itu.  Nak buat apa..? Nak beli airkerim nanti kalau ada orang jual aiskerim lalu.  Jawap anakku.    ambillah 5 ringgit.  Tapi beli makanan yang perlu dan mengenyangkan sahaja ya.  Pesanku...sebab aku tak galakkan anak2ku berbelanja makanan ringan yang memudaratkan.

10.30 pagi  - Aku turun dari rumah dan menjenguk ke bawah rumah.   Eh apa pulak  tu...?
mama tengoklah sini....kata Haikal. anak bongsuku.
Rupa2nya anak-anakku yang  5 orang itu telah membeli seekor kelinci berwarna putih dengan bulunya yang gebu dan cantik dari jiran sebelah yang memang memelihara kelinci untuk pasaran perniagaan.

Mama2... anak2 ku berkata :  Tengoklah ni kami berkongsi duit beli seekor kelinci. Harganya 15 ringgit mama, tapi Wak Lan kenakan 10 ringgit aje mama kat kami.  Cantikkan mama?.
Oh...oh....ini hasilnya yang kamu beria2 meminta duit dari mama tadi ya?  Cantik kan mama.  Hanisah memujukku..(rasa bersalah sebab berbohong tadi)
Cantik...pandai beli pandailah jaga dan beri makan ya! pesan aku
Tapi takkan 1 ekor aje...nanti dia tak ada kawan. Sambungku lagi...


Ini Kelinci jantan.....namanya AWAN
Betul tu mama.  Mintalah duit lagi biar zahir belikan pasangannya. Kesian dia tak ada kawan. Celah Zahir.
Kalau nak beli lagi carilah warna selain putih senang nak bezakan mana jantan mana betina.  Kataku lagi...


AWAN dah dapat kawan, namanya COKLAT
Akhirnya........
Inilah dia 2 kelinci tersebut.......anak2ku pun dah leka melayani 2 ekor kelinci ini............



No comments:

Post a Comment