Followers

Tuesday 27 October 2009

Bengkel Pemprosesan Produk2 Herba 23 ~25Okt 2009 (3H2M)












Wajah2 alam

Dicelahan pohon ajaib..Wahai pohon ajaib. Jadikanlah wajah dicelahan itu lebih menawan dari puteri gunung ledang. He...he...


Buah ajaib. sesiapa yang makan buahan ini akan merasai masis dalam semua makanan yang dijamahnya. tak percaya cubalah...






Nilah pemandu tren tu...


Buah ceri


apa yang dibincangkan...tu


Dah petik makanlah


Petik pucuk gracinia


Pokok kulit kayu hitam


Inilah tren yang membawa kami ke tempat penginapan selama 3H2M tersebut. Bersama peserta-peserta bengkel dan pegawai2 Angkasa, Puan Zarina dan Puan Aida. Pengerusi Perhubungan Angkasa Johor Tn Hj Mansor Abdullah, Pengarah Syarikat Nasuha Tn Hj Nasuha Kasian, penceramah dari Pertubuhan Peladang Kawasan Bentong, Pahang yang juga merupakan seorang usahawan Roselle. En Yusuf Johari. Juga pemandu pelancung dari Nasuha Herba






Apalagi dah tau kadar kolesterol dalam badan minumlah teh herba yang disarankan. Segar....nak cuba? Minuman teh herba ini sentiasa dihidangkan selama kami berkampung selama 3 hari 2 malam di sana.


Selesai menyampaikan ceramah mengenai khasiat herba. Tuan Hj Nasuha Kasian, tuan punya ladang sedang membuat pemeriksaan terhadap tahap kolesterol dalam badan tiap peserta.


Beliau telah membuat kajian R&D terhadap herba ini sejak 30 tahun dulu.

Kolam di celahan daun


Buah loceng


Blackberry


Tempat kudapan dan bersantai setiap kali waktu rehat....
Sambil berbincang sesama perserta...menghirup udara segar.








Di dalam kelas, malam tu..sessi taklimat dan suaikenal.









Perjalanan lebih kurang 5 km ke dalam ladang herba dengan mukabumi tinggi rendah....dikelilingi dengan pohon2 herba yang telah melebihi 30 tahun...Harumannya....menyegarkan.bermacam2 haruman herba yang menyegarkan mengiringi perjalanan kami ke tempat penginapan.



Buah Gora dijadikan teh herba



Garcinia nama saitifiknya...nak tau apa dia...
Asam gelugur....keh..keh..







Di pintu masuk restoren herba...
nak cuba menunya???







Restoran herba dari pandangan luar




23102009. Suasana di dalam restoren herba....haruman herba terserlah saat aku menjejakkan kaki ke dalam restoren ini. Susunatur yang kreatif dan agak terkini. Mengamit sesiapa yang pertama kali ke sini





Papantanda Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn Bhd,
Km 12, Jalan Pagoh Muar..








Persimpangan lebuhraya kesusur keluar ke Pagoh. Pagoh ni sebenarnya berhampiran dengan kampung halaman aku....Jalan Naib Kadir, Bukit Pasir. Lebih kurang 5batu saja...Daerah ini adalah daerah kelahiran aku. aku dibesarkan di daerah ini........Zaman sekolah dulu. Awal tahun 70an.....tempat ni masih lagi belum membangun....Ingat lagi peristiwa Bukit Kepong. Pagoh ini berdekatan dengan Bukit Kepong. Kalau melalui tol pagoh belok ke kanan jumpa Pagoh dulu...lepas tu jumpalah Bukit Kepong. Kalau arah ke kiri jumpalah kampung aku...dan terus ke Pekan Muar.
Tapi lihat ni.....undang2 110km/hr, tapi aku dah mula nak pecut.
Kenapa ya......



Begitu akur aku dengan undang-undang jalanraya waktu ini......relax kan. tidak dalam keadaan tergesa2.






BERTUAH AKU....Hujung minggu lalu aku terpilih ke bengkel memprosesan herba yang diadakan di Nasuha Herba dan Rempah Karya Sari, Jalan Muar Pagoh Anjuran Angkasa (Terima kasih Angkasa)

Aku bersama seorang sahabat memulakan perjalanan seawal jam 12.00 t/hari dari Office di Telok Panglima Garang untuk sampai sebelum jam 4.00 ptg. Pendaftaran bermula jam 2ptg ~ 4 ptg dan taklimat akan diadakan jam 4.00 ptg.

Seramai 30 orang yang terdiri dari pelbagai Koperasi seluruh Malaysia telah terpilih dalam bengkel ini.

Program agak ketat bermula dari hari ketibaan hingga kemalam dan disambung pagi esok hingga ke hari ketiga.

Wau....program kali ini agak trilled dan aku kagum dan terkesima tatkala aku menjejakkan kaki ke bumi Nasuha Herba & Rempah Karya Sari...Mari kita lihat.......pengalaman yang mengkagumkan

Teambuilding Genting View 10~11Okt 2009
















Smart tunnel
Great Platform
Ice Breaking
Awan yang mengiringi perjalananku
Bahasa awan, bahasaku

Sepanjang 2 hari ini aku ditugaskan untuk menjadi urusetia program `The Power Of Teamwork' yang diadakan di Genting View Resort, Genting Highland

40 orang warga NECSEM, Telok Panglima Garang, Selangor yang merupakan anggota-anggota Koperasi Necmal Berhad menyertainya.

Teruja sekali.... teruja mereka...teruja juga aku...

Thursday 22 October 2009

KEMBARA AIDIL FITRI - 16 , 17 & 18OKT 2009


Rumah kak Ani, sahabat lama aku...lama tak jumpa
Rupa2nya dia adalah Pemenang Anugerah Usahawan Jaya Kebangsaaan 2009
Tahniah kak Ani. kegigihanmu membawa hasil...........

Dihadapan kilang IKSnya...




Rumah terbuka Chef aku Hisham
Bersama sahabat, Kak Ros, Kartina, aku dan Mek Zizah (isteri Hisham)

Mr LOH & ISTERI PUN ADA

Majlis Aidil Fitri kakitangan muslim NEC... meja VIP


Aku jadi penyambut tetamu pada hari itu...Madam Fong.  Manis berbaju kurung...

Sedondon hijau...officer aku hari itu jadi penyambut tetamu


Hidangan yang disediakan...chef Hisham



Hidangan pada hari tersebut...disediakan oleh chef Hisham


Kembali dari Kembara Aidi Fitri di Ulu  Yam.  Singgah di Nur Laman Bistari, membawa anak aku bermandimanda di air terjun...


Berrsama  sahabat