Followers

Showing posts with label PURPLE - Keluarga. Show all posts
Showing posts with label PURPLE - Keluarga. Show all posts

Sunday, 21 March 2010

Hari Ulang Tahun anakanda Muahmmad Fuad 20.03.2010

20.03.2010.
Dalam sibuk2 nak ke kedai untuk promosi perniagaan hari ini.  Sempat juga aku sambut hari ulang tahun anakandaku Muhammad Fuad.
Hari jadinya ke 18 tahun.  Juga kesyukuran atas keputusan peperiksaan SPMnya.

4.30 pm singgah ke kedai Kek dalam perjalanan balik dari tempat kerja
5.00 pm  sambut hari ulang tahun dan majlis kesyukuran...secara ringkas aje...
Adik beradik sahaja...cuti sekolah..jadi semua ada kat rumah
Ini semua anakandaku yang dapat berkumpul masa cuti sekolah ni...Muhammad Fuad, Muhammad zahir, Munirah, Hanisah dan Muhammad Haikal.



Inilah yang tinggal.....

Jam 6.00 pm bergegas untuk promosi jualan hari pertama di Uptown Banting........
juga Majlis Pelancaran....

Jum kita ke sana pula

Sunday, 28 February 2010

Dinner Kelab Ibu bapa Sek Kiblah - 25.02.2010

View Village, Reko Kajang

Ibu bapa yang hadir pada malam itu

anakandaku Zahir...membuat persembahan nasyid sebagai pemain tabla ya..
Itu salah satu kemahiran yang dia ada...
Dia puas....

Jamuan berakhir jam 10.30 malam..

Monday, 22 February 2010

Pertemuan 21.02.2010

Salam perjalanan ke Raub hari ini menghantar anak2ku pulang ke asrama.
Diperhentian Petronas, berhenti rehat sebentar
Rezeki kami terserempak dengan persembahan tarian singa secara dekat dan live.....
pertama kali aku melihatnya secara dekat.....



Munirah agak gementar nak posing kat singa...tu

Friday, 25 December 2009

Kelinci

25.12.2009
10.00 pagi  -  Mama minta 5 ringgit. Hanisah mengecek dariku pagi itu.  Nak buat apa..? Nak beli airkerim nanti kalau ada orang jual aiskerim lalu.  Jawap anakku.    ambillah 5 ringgit.  Tapi beli makanan yang perlu dan mengenyangkan sahaja ya.  Pesanku...sebab aku tak galakkan anak2ku berbelanja makanan ringan yang memudaratkan.

10.30 pagi  - Aku turun dari rumah dan menjenguk ke bawah rumah.   Eh apa pulak  tu...?
mama tengoklah sini....kata Haikal. anak bongsuku.
Rupa2nya anak-anakku yang  5 orang itu telah membeli seekor kelinci berwarna putih dengan bulunya yang gebu dan cantik dari jiran sebelah yang memang memelihara kelinci untuk pasaran perniagaan.

Mama2... anak2 ku berkata :  Tengoklah ni kami berkongsi duit beli seekor kelinci. Harganya 15 ringgit mama, tapi Wak Lan kenakan 10 ringgit aje mama kat kami.  Cantikkan mama?.
Oh...oh....ini hasilnya yang kamu beria2 meminta duit dari mama tadi ya?  Cantik kan mama.  Hanisah memujukku..(rasa bersalah sebab berbohong tadi)
Cantik...pandai beli pandailah jaga dan beri makan ya! pesan aku
Tapi takkan 1 ekor aje...nanti dia tak ada kawan. Sambungku lagi...


Ini Kelinci jantan.....namanya AWAN
Betul tu mama.  Mintalah duit lagi biar zahir belikan pasangannya. Kesian dia tak ada kawan. Celah Zahir.
Kalau nak beli lagi carilah warna selain putih senang nak bezakan mana jantan mana betina.  Kataku lagi...


AWAN dah dapat kawan, namanya COKLAT
Akhirnya........
Inilah dia 2 kelinci tersebut.......anak2ku pun dah leka melayani 2 ekor kelinci ini............



"Happy Birthday" Neollene!

"20 years ago I visit you(new born baby)  with an icing cake.  Ask your mama if she still remember it"

Hari ini hari ulangtahun anak saudaraku yang ke 20.  Aku masih ingat tarikh itu 25.12.1989 aku menziarahinya yang baru lahir dengan membawa sebuku kek yang ku beli di kedai kek.  Siap dengan ucapan "Happy Birthday".   Hadiah untuk baby yang baru lahir? untuk ibunya yang baru bersalin? untuk kakak-kakaknya Ayang atau Anje ? atau untuk tetamu yang bawa kek itu sendiri?

Baby baru lahir mana tau makan kek kan?

Tapi itulah yang berlaku padamu 20 tahun yang lalu...Ain....

So...today...Happy 20th Birthday Neollene.
Semuga hidupmu sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Wednesday, 23 December 2009

Dinner dengan X- boss 22.12.2009

Malam tadi aku dinner dengan sahabat lama dan juga merupakan X - boss aku dulu...
Kat mana?  Melting Pot, Concorde Hotel Shah Alam
Sesekali  belanja sahabatkan... bukan senang nak jumpa.

apa aku makan malam tu ....Buffet Dinner

sahabat makan apa?

Fish & Chips

Dihiburkan dengan.....Begema 5


Terasa betul2 diraikan............terhibur

Penyanyi Utama Begema 5

kedua2nya sakit gigi ke? soalan cepu emas malam tu...he..he..

Begema 5...mengelilingi mejaku...menghiburkan..aku bahagia.


Permintaanku "Biarlah Bulan Bicara Sendiri" penuh perasaan mereka mendendangkannya khas untuk aku

Terkenang kisah lama...masa muda2 dulu kot...


Terhibur.... merai dan dirai....
Kita tetap seperti dulu, sibuk bercerita...cerita dulu2....cerita sekarang,
 kehidupan kini...atau urusan perniagaan akan datang
 hidup kita perlu teruskan..
I love U Lina and our friendship....