Followers

Monday 30 November 2009

Kunang-kunang

dari filem love...

"Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah engkau senja
kerana gelap kau ada
kerana gelap aku indah
aku hanyalah kunang-kunang
Dan kau hanyalah senja
Dalam gelap kita berbahagi
Dalam gelap kita abadi"

copyright : neollene.com (sory aku sukakannya...jangan mare...)

Wajah Kasih II

Merajuk...

Aduh...aku merajuk.......
Siapa nak pujuk...?  he...he...ek!

Merajuk pada yang sayang...................

Kehidupan Baru

"Alhamdulillah - Kehidupan ini makin berwarna dan murah rezeki"
 26.11.2009 - 6.41
Aku menerima khabar dari sahabat yang ku sayangi....
Beliau telah mendapat jawatan baru..dan akan memulakan tugasan barunya pada 30.11.2009 ini.

Ku rakamkan ucapan tahniah dan tumpang gembira atas berita ini.
Alhamdulillah...warna-warna kehidupan yang di cari telah ditemui.  aku terharu dan tumpang gembira mendengarnya.  Bersujud syukurlah atas kurniaanNya.  Semuga kehidupan kau akan terus bermakna.
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Haiyu, ya Qaiyum, ya Dzaljalaliwalikram, ya Khobir........
26.11.2009 - 07.15




Hari ini sekali lagi ku rakamkan TAHNIAH.
Selamat bertugas. dipersekitaran baru, tugasan baru, amanah baru, kehidupan baru.
Semuga hari-hari yang mendatang terus mewarnai hidupmu.  InsyaAllah............
30.11.2009.  10.13

Alhamdulillah..harap kerjaya dan amanah baru ini akan buatkan aku lebih insaf dan bermakna
30.11.2009. 12.03.

Masih sudikah bersahabat denganku........???
Masihkah punya waktu untuk berkongsi cerita  seperti dulu...???
Hu....hu....hu....aku sedih dan hiba......
aku terasa jauh......jauh........semakin jauh
sendirian....terasing.....

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

Hari ini 13Zulhijah,1430H.  masih lagi hari Tasrik.  Waktu  yang masih dibolehkan  untuk melakukan korban.
Tak terlambat kiranya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha.  Mohon Maa fzahir dan batin.  Terima kasih atas ucapan yang ku terima dari sahabat.....dan mana  yang tak sempat jawap tu....terimalah sebahagian dari ucapan2 ini samaada yang ku hantar atau yang ku terima...sebab ia dah jadi sebahagian dari diriku....

"Ingat pengorbanan nabi allah Ibrahim dan anaknya Ismail serta umat islam sebelum kita.  Begitu agung pengorbanan mereka dalam menegakkan syiar Islam ke pelusuk alam.  Mampukah kita seperti mereka meskipun sekadar cuma? Selamat Hari Raya Aidul Adha.  Maaf zahir dan batin"


"Hadirnya keberkatan aiduladha membawa erti pengorbanan dalam hidup ini....marilah kita hargai semua insan yang membolehkan kita ada pada hari ini....sebesar-besar syukur ke hadrat Allah swt kerana menghadirkan pejuang-pejuang nusa dan agama....dari Allah, kerana Allah, untuk Allah....
salam Ukhwah............"


Pengorbanan dari Allah, kerana allah, untuk Allah.  Tanda kasih sayang allah untuk hamba-hambanya dan seluruh Alam.  alhamdulillah segala puji hanya untuk allah...Selamat Hari raya..."

Thursday 26 November 2009

SANTAI-SANTAI HUJUNG MINGGU 22112009 - CAMAR LAUT BAGAN LALANG, SEPANG

Malam tadi kami berBBQ SANTAI.  Pagi ini aku...bersantai dengan anak-anak dan sahabat2 aku.  Sambil itu aku menjelajah persekitaran Camar Laut.  tiap sudut ku jelajahi.  Mencari rahsia alam....Dan kalau camera ada di tangan jangan terkejut dengan hasilnya...ya.

Di Laman Herba terutamanya banyak tanaman herba yang dijadikan hiasan taman.  Banyak pengetahuan yang ku dapat dari penjelajahan persekitaran aku hari itu.....


Chalet Penginapanku

Di Laman Herba

Deretan Chalet Penginapan




Sarapan santai....










POKOK PECAH KACA



dan banyak lagi khasiat2 tersembunyi....itulah rahsia alam yang telah ku temui





puteri di celahan bunga2an............



di celahan daun pulak puteri ni.....



Sahabat-sahabat karibku.....aku sayang kamu..........da...
bersama isteri....santai....

sayang Haikal, lepas mandi laut. merengek nak baju wonder pet, kartun kegemarannya


santai2 gitu..............

bunga corong...

apa yang di tawakan...

laman herba dari celahan dedaunan

tiga sahabat sehati sejiwa...........

Terima kasih kerana sudi merai. hati-hati memandu
221109 - 10.54
Terima kasih kembali.  aku pun amat seronok dapat dalam aktiviti ini. satu pengalaman unik. thanks
221109 - 1205
Alhamdulillah.  Siratulrahim kita harap berkekalan. Insyaallah.  Apa maksud pengalaman unik? 221109 - 13.32
Alhamdulillah.  Penuhi waktu kau dengan sebaik mungkin.  Mudah2an akan terus tersemai kasih antara kalian berdua.  Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan jangan berputus asa dari rahmatNya.  aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan segala yang terbaik buat kau sekeluarga.  Semuga pertemuan kelmarin membuka lembaran baru buat kalian, Think positif.  Insyaallah.... 231109 - 18.21


Terjaga dari tidur aku.. teringatkannya.  Sihat ke
231109 - 23.39

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 ANAKANDA MUNIRAH - SK JENJAROM 13112009

Anakandaku  Munirah telah telah menhadiri majlis graduasi untuk pelajar2 tahun 6 SK Jenjarom.

Lihat gambar2nya.

Tuesday 24 November 2009

BBQ SANTAI DI CAMAR LAUT, BAGAN LALANG SEPANG 211109

Setelah tamat program pebentukan diri dan pemantapan jiwa khalifah pada sebelah siangnya, kami mengadakan BBQ SANTAI pada sebelah malamnya. dengan tujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama pekerja dan saling mengenali dengan lebih rapat lagi.

BBQ disediakan oleh chef2 kesayangan KNB yang diketuai oleh Shaharim, Hisham, Udin, fadhil dan tak lupa bang selamat.  menu cukup istimewa......

Sambil berBBQ,  anak2 buah aku berkaraoke...sempat juga aku menyampaikan sebuah lagu  istimewa, khas untuk tetamu  jemputan  yang datang dari jauh....Raub Pahang.

Sebenarnya itulah pertama kali aku berkaraoke di khalayak ramai,  malu...suara tak sedap tak merdu.  Tapi dek kerana berhasrat untuk menujukannya kepada tetamu khas, ku pejamkan mata, ku pekakkan telinga sendiri(supaya tak dengar suara sendiri yang tak merdu itu)....Orang lain dengar tentu sakit telinga....hu..hu...hu...


Chef  & pegawai kesayangan KNB Hisham & Shaharim

Tengok tu...orang kuat pada malam tersebut. Udin & Fadhil..



Menu-menu istimewa malam itu
lagi. lagi dan lagi,tak dapat nak ditunjuk lagi...
Chicken wing   and.........kerang bakar


Antara staf2 kesayanganku.................

Tetamu khas aku malam tu En Jamaludin dan keluarga


Beliau sempat menyampaikan sebuah lagu kegemaran ku
  'Biarkan Bulan Bicara Sendiri' Sedap suara.... Penuh penghayatan...feeling habis


Baru berkenalan......mesra nampaknya......

Penyumbang suara tetap  malam itu....cahiyok la....

Taubat

Taubat - Opick

Wahai Tuhan
Jauh sudah, lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarMu
Wahai tuhan
Aku lemah hilang penuh noda
Hapuskan lah terangilah
Jiwa tunjukkan jalanku

Ampunkan aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
yang maha pengampun dosa

Ya Rabbi, Izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkan lah aku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau yang maha pengampun dosa

Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali .... kembali
Dan meski tak layak  sujud padamu layak
Dan sungguh tak layak aku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun dosa

Berikan aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali, kembali kepadamu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Aku ingin kembali  kembali kepadaMu

Ampunkanlah aku

Program Pembentukan Diri Dan Pemantapan Jiwa Khalifah Siri 5 & 6 (Akhir) 21.11.2009 Camar Laut Bagan lalang Sepang, Selangor

Program ini telah dimulakan sejak 19.07.2009 yang lalu.  Mempunyai 6 siri dimana telah diakhiri dengan siri 5 & 6 di Camar Laut, Bagan Lalang Sepang pada 21.11.2009 yang lalu

Tajuk 1  : Membersih diri, Mensuci Jiwa/Finding the lost Soul.
Tajuk 2:  Menerappakai Sifat Insan Cemerlang
Tajuk 3 : Lonjakan diri Insan Berwawasan
Tajuk 4 : Pemantapan Ilmu dan amal Insan Gemilang
Tajuk 5 : Insan Bijaksana pemangkin Ketamadunan Ummah
Tajuk 6 : Insan Terpuji, taulan Cemerlang, Organisasi Terbilang

Kebahagian Diri adalah apabila melihat orang lain bahagia

Kebahagian diri adalah dengan membahagiakan orang lain

Suasana di dalam kelas...belum mula lagi
En Fahmi dalam kelas.....sedang berkongsi ilmunya....Terima kasih bro Fahmi.


Apakah yang anda akan lakukan jika anda di beri peluang ke 2.......?



Sesi bermaafan sesama kita setelah selesai program. Bertangis2an gitu...dah muhasabah diri......
Mereka yang hadir....Anak buah aku ni.

Aku sayang mereka

Mereka semua sudah berubah...Memang itu yang aku inginkan. 
Berubah kepada yang lebih baik.  Semalam adalah lebih baik dari kelmarin dan  Hari ini adalah lebih baik dari semalam.
Anda semua adalah khalifah Allah yang sangat di kasihi...dan dicintaiNya.

Warkah ku....untuk yang aku cintaai dan aku juga yakin bahawa Dia juga mengasihi dan mencintaaiku.....

Warkah Buat Yang Ku Cintai
Untuk Allah tuhanku yang satu

Assalamualaikum ya Allah
Aku hambamu yang telah banyak melakukan kesalahan dan dosa terhadap diriku sendiri
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Allah pemberi segala
Terimalah taubatku ini
Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangmu
Engkaulah yang ku kasih yang ku sujud kepadamu
Sinarlah hidupku ini dengan rahmat dan kecintaanMu
Sepanjang hayatku,
Aku mengharap cintaMu ya Allah.
Janganlah kau palingkan wajahMu dari ku Ya Allah.
Limpahkanlah kasih sayangMu
kepada mereka yang ada di sekelilingku
Keluargaku, jiran-jiranku, sahabat-sahabatku, pekerja-pekerjaku
dan mereka yang mengenaliku
Engkaulah pemberi segala.
Engkau yang paling dekat denganku
Ku nyatakan cintaku padaMu
Limpahkah rahmat dan kasih sayangMu ya Allah
Terimalah taubatku…ya Allah

Iklas dari jiwa yang mencintaaiMu…
21.11.2009
Camar Laut, Bagan Lalang,
Sepang, Selangor


Dan ini doa kudus yang dibacakan oleh bro Shamsul....


Ya Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
Ya Allah yang maha pemurah dan maha pengampun
Terima kasih ya Allah di atas limpah perkenanMu,
kami dapat berkumpul di hari yang indah ini,
dalam keadaan sihat sejahtera.

Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa kami,
Dosa-dosa yang telah kami lakukan antara sedar atau tidak sedar,
kerana kami tidak memahami,

ampunkanlah kami ya Allah.
Izinkanlah perubahan dalam diri kami,
Izinkanlah kami memahami di atas ilmu yang kau limpahkan ke atas kami,
Izinkanlah kami mengamalkan ilmu itu dengan yakin dan ikhlas.

Kurniakanlah kami kekuatan untuk melakukan perubahan
yang baik dan kekalkanlah kami dalam perubahan

Ya Allah ampunkanlah dosa kami
Kami merasakan kami hanyalah orang biasa
Sedangkan engkau memandang kami istimewa
Ya allah ampunkalan dosa kami

Engkau telah memberikan kami kesihatan yang baik
Engkau telah memberikan rezeki yang baik
Engkau telah memberikan pekerjaan yang baik
Engkau telah mengurniakan keluarga yang baik
Engkau telah mengurniakan masa kepada kami
Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu

Izinkanlah kami melakukan taubat kepadamu sekiranya
masa masih ada, selagi nyawa masih ada untuk kami
Izinkanlah kami melakukan perubahan yang baik,
kerana kami tidak tahu samada esok masih ada untuk kami

Ampunkanlah dosa kami ya Allah
Ampunkanlah dosa ibu bapa kami ya Allah
Ampunilah dosa adik beradik kami ya Allah
Ampunkanlah dosa suami, isteri dan anak-anak kami ya Allah
Izinkanlah perubahan yang baik ke atas kami dan
izinkanlah kami kekal di dalamnya

Kurniakanlah kami kekuatan dan kefahaman ya allah

Ya Allah izinkanlah kami mengamalkan ilmu yang kau kurniakan kepada dengan ikhlas dan yakin.
Izinkanlah kami menjadi hambaMu yang tunduk sujud menghambaabdikan diri hanya kepadamu ya Allah

Airmata mereka semua berguguran tanpa henti di saat doa ini dibacakan..........

Hari ini....24.11.2009 sejak Ahad lalu, kebanyakkan dari kami merasai diri kosong, fikiran tenang entah apa yang difikirkan atau memang tidak memikirkan.  
Itulah keyakinan diri yang hadir....merasa amat tenang dan yakin.........Yakin kepada Allah...pemilik segala, yang tidak pernah mungkir....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Aku bersyukur dengan limpah rahmatMu ya Allah...