Followers

Thursday 5 November 2009

Air Syurga



Air syurga

Haris seorang Badawi dan isterinya Nafisa hidup berpindah randah tempat membawa khemahnya yang tua. Dicarinya tempat-tempat yang ditumbuhi beberapa pohon kurma, rumput untuk untanya, atau mempunyai sumber air betapapun kotornya. Kehidupannya seperti itu telah dijalani bertahun-tahun lamanya, dan Haris jarang sekali melakukan sesuatu di luar kebiasaannya. Ia biasanya menjerat tikus untuk di ambil kulitnya dan memintal tali dari serat pohon kurma untuk dijual kepada kafilah yang lalu.

Namun pada suatu hari sebuah sumber air muncul di padang pasir. Dan Haris pun merasai air itu. Baginya air itu terasa bagaikan air syurga, sebab jauh lebih bersih dari air yang biasa diminumnya. Bagi kita air itu aka terasa memuakkan kerana sangat masin.

“Air ini harus ke bawa kepada seseorang yang boleh menghargainya” Kerana itulah ia berangkat ke Baghdad, ke istana Harun alRasyid. Ia pun berjalan tanpa berhenti kecuali kalau makan beberapa butir kurma. Haris membawa dua kantung kulit kambing penuh berisi air, satu untuk dirinya sendiri dan yang lain untuk Khalifah.

Beberapa hari kemudian, ia sampai ke Baghdad dan terus menuju istana. Para penjaga istana mendengarkan kisahnya dan hanya kerana begitulah peraturan di istana mereka membawa Haris ke hadapan raja.

Kata Haris “Pemimpin kaum yang setia, hamba seorang Badawi miskin dan mengetahui segala jenis air di padang pasir, meskipun mungkin hanya mengetahui sedikit tentang hal-hal lain. Hamba baru saja menemukan air syurga ini, dan menyedari bahawa ia merupakan hadiah yang sesuai untuk tuan, hambapun segera membawanya ke sini sebagai persembahan”

Harun terus merasai air itu dan kerana sepenuhnya memahai rakyatnya, diperintahkan para penjaga membawa Haris pergi dan mengurungnya di suatu tempat sehingga ia mengambil keputusan.

Kemudian dipanggilnya ketua penjaga. Katanya. “Apa yang bagi kita sama sekali tak berguna, baginya bererti segala-galanya”. Oleh itu bawalah ia pergi dari istana pada malam hari. Jangan sampai ia melihat Sungai Tigris yang perkasa. Kawal orang itu sepanjang perjalanannya menuju ke khemahnya tanpa memberi kesempatan merasai air segar. Kemudian berilah ia seribu mata wang emas dan terima kasihku untuk persembahannya itu. Katakan bahawa ia adalah penjaga air syurga, dan bahawa atas namaku ia boleh memberikan air itu kepada kafilah yang lalu, tanpa punggutan apa2.”

Sekian,

Wassalam

CATATAN.

Petikan dari Kumpulan Kisah Nasihat Para Guru Sufi selama Seribu tahun yang lampau.



P/s : Sesuatu yang pada kita mungkin tidak berharga sama sekali, adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai kepada orang lain………

Mari kita renungkan….



No comments:

Post a Comment