Bicaralah andai kita masih punya waktu Ceritalah andai kita masih punya kisah Luahkan andai masih sudi berkongsi
Bicara Derita 1 27102009
Ku selami bicara matamu Redup kerlipan hatimu kisah terlukanya senyuman Sebuah ketulusan Ditabur seribu kemanisan. Tawar, hambar terbiar Kertas putih terconteng Digosok dipadam Parut terguris ngilunya setia Mendamba kasih, alangkah…… Tercalar, terluka perjalanan kehilangan Di kejar, tertinggal sejuta pencarian.
TPG27102009
Bicara Derita JJ 24102009
Sebuah Kehidupan ini, umpama kertas putih terconteng, biru kata mereka atau ternoda sebuah ketulusan tapi mata masih mencari-cari hati turut tertanya bibir senyum terluka betapa siksa kertas putih ini pen dan jari umpama ayah dan bonda mencorak sebuah kisah terkisah sebuah derita
Jelajah Sabah belum berakhir........masih banyak misteri yang belum terungkap. Jun 09 belum berakhir, Julai 09 hingga belum bermula. Masih banyak misteri yang belum terungkai, masih banyak cerita yang belum terungkap...namun ia sentiasa dalam ingatan. Menunggu masa untuk diterjemahkan...
Mendung berarak, Tips Of Borneo 140609
Langit yang cerah tiba-tiba menjadi gelap, ribut melanda menyambut kedatang puteri dari semenanjung
Tips of Boreo 140609
Dataran paling rendah - menghadap laut lepas Laut Cina Selatan sebelah barat Laut Sulu sebelah timur laut. Pemandangan yang sungguh indah............aku kagum dan terkesima..........
TIPS OF BORNEO 14062009
Dah sampai dah....suasana tepian laut yang begitu indah dan nyaman menyambut kedatangan kami
POSING LAGI
Gaya2 ala hidustan gitu
Indahnya bahasa awan, desiran angin, gayaan siputeri semenanjung
GEMBIRANYA....
Berkerenah bersama bayu laut
Posing lagi. Nak tunjuk tu....nanti kita sampai ya...
TIPS OF BORNEO 14062009
Tu...tips of borneo - kalau tengok peta negeri Sabah..Kat telinga anjing....
RUMAH PANJANG
Dalam perjalanan kami ke Tips Of Borneo. Inilah satu2nya rumah panjang yang tinggal di kawasan ini. Di persisir jalanraya yang telah dibangunkan. Kalau nak lihat masy. sebenar kena masuk lagi ke kawasan pendalaman. Tapi canggih tu...ada Astro..
PASAR TAMU KOTA BELUD
Kalau di Semanjung harga pisau2 lebih RM100. Kat sini 1/4 dari harga asalnya.
PASAR TAMU KOTA BELUD 14062009
Sempat lagi posing di pasar tamu Kota Belud. Pasar tamu ini amat popular di kalangan masyarakat negeri Sabah. Terdapat pelbagai hasil kraftangan dan jualan yang tidak boleh kita termui di tempat lain. Harganya agak murah kerana jualan terus dari pembuat kepada pelanggan. Sempat juga aku membeli sebilah parang yang cantik....Lihat ya
JELAJAH SABAH 12~15JUN 2009 - HARI 3
Kinabalu di waktu senja mengakhiri jelajah sabah untuk hari ke 2. Untuk hari ke 3 kami menginap di Beverly Hotel, Kota Kinabalu. Inilah rupa hotel penginapan kami pada hari ini hinggalah ke hari terakhir pada 15 Jun 2009. Tatapilah siri penjelajahan kami untuk hari2 seterusnya. Penuh dengan trilled. aku terus kagum......
KINABALU DI KALA SENJA 13062009
Warna keemasan disinari mentari senja
PONDOK TIMPOHON
Bersama dengan pegawai2 koperasi KOKTAS - berselisih dengan pendaki2 yang sudah menamatkan pendakian. Kawasan ini hanya boleh dimasukki oleh pendaki2 yang sudah mendapat tag pendakian sahaja. Bertuah kami berpeluang ke sini
TIMPOHON13062009
Hanya mereka yang mempunyai tag layak untuk mendaki saja sepatutnya yang boleh memasukki kawasan ini. Kami ni antara yang bertuah dibenarkan masuk ke kawasan ini.
TIMPOHON 13062009
Satu lagi wajah2 kegembiraan & kepuasan
TIMPOHON13062009
Group photo berlatarbelakangkan Kinabalu
TIMPOHON 13062009
Wajah-wajah kekaguman dan kegembiraan tatkala Kinabalu menampakkan wajahnya untuk menyaksikan penyampaian cendera mata dari Necmal kepada wakil Koperasi Kakitangan Taman2 Sabah Berhad
TIMPOHON 13062009
check point untuk mendaki Kinabalu. Posing dengan Zety. Akauntan aku...
MASIH SEMPAT BERPOSING 13062009
Kalau dah suka bunga...boleh saja posing dimana2. Kak Ros dan Aida
KINABALU KU INTAI WAJAHMU 13062009
Wajah Kinabalu dari pelantar pendakian menampakkan dirinya dalam sekelipmata. Menyaksikan pertemuan 2 puteri dari semenanjung dengan puteri2 dari kayangan. Ditemani oleh............
KINABALU MULA MENAMPAKKAN DIRI 13062009
KINABALU DISEBALIK AWAN TEBAL 13062009
PURPLE SICANTIK MANIS
TIMPOHON SEJARAH KAU DAN AKU BERMULA
Gambar songket, suka nak gambar songket....silky girl, begini hasilnya....
PERJALANAN KE TIMPOHON
Awan dan pohon yang mengiringiku ke Timpohon. Satu lagi tempat yang menarik untuk dikongsi. Timpohon adalah tempat para pendaki memulakan perjalanan untuk mendaki gunung Kinabalu. Di situ terdapat pelantar untuk melihat Kinabalu dari dekat.....Saksikankan keajaipannya............
TIKET KE KINABALU PARK
Hartanya nak tau berapa. RM3.00 saja. Boleh masuk ke semua tempat di Kinabalu Park. Satu untuk tiket membawa kamera. RM5.00 tu
INDAHNYA SUASANA KAMPUNG
Air sungai yang mengalir bersih. Masih belum tercemar.....terkenang masa kecil2 dulu............
MENCUBA TARIAN NAJAT
Tengok siapa tu, En Zul, En Norman, En H.S.Lee dan En Shahnaz. Bagus gitu
PENGANTIN SABAH
Jelajah Sabah kami dilengkapi dengan majlis perkahwinan antara En hairul dan Mas. Rombongan kami telah disambut dengan juadah makana tengahari. Menunya nak tau...nasi bukit yang enak sekali. Sop tulang, daging rendang, sayur campur. Dua kali tambah aku. Lapar pun... Sebelum itu kami diraikan dengan tarian najat yang ditarikan di depan pengantin. Apalagi ahli rombongan mengambil kesempatan untuk mengayakan tarian ini.
LABAH-LABAH 14062009
Labah2 membentuk tanda X sebagai tanda cabaran pendakian kami telah berakhir........
BUNGA RAYA
Cantikkan? Bunga kebangsaan kebanggaan kita. Salah salah flora yang masih ada....
DICELAHAN
Posing lagi dengan Nora. Bagai tak percaya kami berjaya melakukannya. Chaiyok2
PERJALANAN DALAM MENAMATKAN CABARAN
Di aras 700m tu..tu, Aida, Nora, Norman & Nizam. syabas geng
MENAMATKAN CABARAN PERTAMA 14062009
Wajah2 ceria yang telah menamatkan cabaran pendakian bersama beberapa orang pelancung asing melepaskan keletihan
JAMBATAN GANTUNG - PLATFORM 2
Posing lagi........
DARI JAMBATAN GANTUNG
Pemandangan di rakam dari jambatan gantung. Lihat aku berada di puncak............pohon2. Berada di ketinggian melebihi 1000m. Subhanallah............
JAMBATAN GANTUNG
Sempat lagi posing dalam keadaan kecut perut tu.. sahabat2 lain entah mana? ada yang di hadapan dan masih ada yang ke tinggalan di belakang..Bos aku En Kusno dan En Shahnaz sedang memujuk mereka2 itu....ada yang cuba nak patah balik. Mana mungkin........aku meneruskan perjalanan hingga tamat ke platform ke 5 dengan iringan zikrullah yang tak putus2. Alhamdulillah....perjalanan kami dilindungi olehNya.
JAMBATAN GANTUNG
Jambatan inilah yang akan ku lalui nanti. Ada 5 platform di atas sana dan setiap platform tidak kurang dari 100meter jaraknya antara satu sama lain. Gayat...Ngeri...takut....aduh...ku gagahkan juga...cabaran mesti diteruskan.
PENDAKIAN BERMULA
Menuju puncak....kejambatan gantung...atau tali gantung....Saksikan...nak berpatang balik? tidak mungkin....cabaran baru saja bermula di aras 300m
POSING LAGI
BERSAMA SAHABAT2 UNTUK MEMULAKAN PENDAKIAN
HOT SPRING LAGI
Yang penting...posing...bukti kakiku telah menjejaki bumimu..............
MENUJU KE HOT SPRING 14062009
Jambatan gantung ni...tak heran la...ada lagi yang lebin=h mencabar menanti. Tengok ya...sanggup ke tidak.....
DIANTARA BUMI DAN LANGIT 14062009
Pemandangan disepanjang perjalananku ke Hot Spring dan kaki langit. Bahasa awan bahasaku....
Berlatarbelakang Kinabalu di kedinginan pagi 14062009
KINABALU PINE RESORT LAGI
Posing di pelantar berlatarbelakang kinabalu sebelum check out pagi itu ..untuk meneruskan perjalanan menjelajah Negeri Sabah di Bawah Bayu. Nak ke ke Kaki Gunung Kinabalu.......Hot Spring...dan macam2 lagi...Jum..ikut....14.06.2009
KINABALU DI SINARI MENTARI PAGI 14062009
Kinabalu pemandangan dari bilik penginapanku - Kinabalu Pine Resort Dingin.........pagi ni 14062009
BUNGA HARUM MALAM
Inilah rupa bungatu. Baunya....aduh...menusuk kalbu. (Sambungan......) sms misteri. samalah dengan misterinya bunga ini.... Hai dah tau kita ni jauh. Ajak2 ayam ke...? Entahlah ...tak tau kenapa jari ni begitu pantas menghantar sms kepada siapa. Main ajak2 pulak....suka2 aje balas sms orang yang tak diketahui. Malam tu aku berbalas2 sms bertanyakan siapakah gerangannya. Habis ayat2 power keluar sbb nak menyiasat. Malam tu aku dapat gelaran ustazah, pakar motivasi macam siti norbahyah tu...dan macam2 lagi. Akhirnya si misteri tewas dengan ayat power aku tadi....mengaku kalah dia. Rupa2nya dia orang yang dah ku kenali tapi tidak ku duga. Tak tidur aku dibuatnya......Sampai jam 2 pagi. Hingga kini peristiwa itu tetap jadi kenangan manisku. Dalam awal perjalanan menjelajah Sabah di bawah bay.......hehe2 (Ada sambungannya lagi....)tunggu....
KINABALU PINE RESORT, KUNDASANG
Bersama sahabat di bawah rimbunan pohon bunga haruman malam di kawasan tempat penginapan pada malam pertama lawatan. Bunga ini akan berbau harum apabila malam menjelma.....Takut...? seram...? Oh tidak ! Itu keajaipan semulajadi alam. Ketentuan Allah yang maha mengetahui. Malam itu aku menerima sms misteri. Bagaimana Puan di Kundasang? Alhamdulillah....dingin...sedang menikmati kedinginan malam. Tentu seronok ya? Memang.... indah dan menyeronokkan. Itu memang kegemaranku , menikmati panorama malam bertemankan bintang2. Indahnya...! Wah...memang indah sekali...memang seronok marilah.....(bersambung......)
Pekan Nabalu
Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu 13062009
Kinabalu dicelahan awan memutih - 13062009
Menampakkan diri di celahan awan memutih
Kinabalu menanti daku....13062009
Di kaki Gunung Kinabalu
Di atas menara tinjau berlatarbelakangkan gunung kinabalu
Dikaki Gunung Kinabalu - Pekan Nabalu
Pekan Nabalu adalah pekan kecil yang hampir dengan Kaki Gunung. Terdapat pasar sayuran dan buahan segar untuk pengunjung. Pertemuan petani dari ladang berhampiran bersama pembeli2 dari sekitar pekan. Pasar ini membekalkan sayuran segar untuk penduduk2 pekan
SIRI JELAJAH SABAH DIBAWAH BAYU 12~15Jun 2009. Bersama simanis air asia
Sempat merakamkan kenangan bersama pramugari Airasia selepas mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu. Dalam siri jelajah negeri Sabah di bawah bayu 12~15Jun 09. Puteri2 Kinabalu sedang menanti daku...lambaianmu
bila kita berkesempatan untuk bicara
Bicaralah....andainya kita masih punya waktu, ceritalah andai kita masih punya kisah, luahkanlah andai kita masih sudi berkongsi......
* Lahir : Ahad 6 Julai. Dibesarkan diMuar, Johor.
* Pengajian :
Sekolah Rendah Sri Bukit Pasir, Muar.
* Sekolah Men Tun Perak, Muar (SMTP) hingga tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan berpindah
* Sek Men Dato Sri Amar Di Raja Muar (SDAD)hingga tingkatan Lima.
* Meneruskan Tingkatan Enam di Sek Men Keb Telok Datok, Banting untuk menamatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
"Business And Management" dari Swansea Institute Of Higher Education. United Kingdom.
Pendidikan Agama dari Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor sehingga tamat darjah 6. Layak ke darjah khas tapi tidak dapat meneruskannya sebab berpindah bersekolah di Negeri Selangor
* Abah dan emak berasal dari Muar, Johor
* Datuk dan Moyang sebelah abah berasal dari tanah Jawa.
*sebelah emak...macam dari Tanah Arab
*Sudah berkeluarga - menjadi isteri dan menjadi ibu kepada 5 orang cahayamata
3 lelaki dan 2 perempuan.
Berkerjaya hingga kini...Masih menyimpan cita-cita untuk belajar lagi ke tahap yang tertinggi.
Meningkatkan kerjaya kepada yang terbaik....