Followers

Friday 13 August 2010

Tatkala sepi mengajar aku mengenal erti rindu PadaNya..."

Bila Kekasih mengundang aku pulang
mahligai menanti penuh gemilang
bila kekasih menyingkap cinta
tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku... membalas dengan air mata 
tanda syukur menerima setelah sekian lama
menghamba hidup pada dunia
seribu tahun takkan sama
sesaat bersatu dalam nyata
kerana kasih ku
sanggup korbankan jasad dan nyawa
terang bulan kerana mentari...
hadir bayang kerana cahaya...
begitulah cinta kita
tiada jarak pemisah lagi
tiada tabir sempadan budi
aku terima dan jua memberi seiklas hati
seribu tahun dan sejuta langkah.....
seribu tahun bersinar cinta...


Kita bertemu di Penghujung Rindu



"Tatkala sepi mengajar aku mengenal erti rindu PadaNya..."



Thursday 6 May 2010

Wajah Dia Petang Itu

Wajah Dia Petang Itu - 6.05.2010








Wajah Dia Petang Itu
6.05.2010 - 6.45 pm ~ 6.49pm
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR

Mencari Kedamaian Dalam Resah Yang Tak Nyata"


Dalam duka masih ada senyum...
tapi tak seorang pun tahu
betapa pedihnya...terlukanya
sebuah kehidupan....
tiada lagi airmata...
tiada lagi harapan dan impian
tiada lagi ubat yang dapat membalut
kelukaan dan kepedihan itu...


Jiwanya semakin sarat
menunggu saat
hilangnya jiwa dari jasad


tidak pernah
ku impikan pelangi indah
mencorak kehidupan
tidak ku impikan harapan
sebarang kemungkinan
atau....


aku mencari kedamaian dalam keresahan yang tidak nyata....


KLIH - 6510 - 1537

Tuesday 27 April 2010

Rindu itu

Rindu itu datang lagi
menangis aku
dalam kerinduan
pedih...makin pedih
tak dapat ku tahan

sakitnya....
menanggung rindu....
tersiksa aku 
dalam kerinduan...

Hati ini tidak berdaya untuk menipu....


.....Menangis kesiangan
menanggung rindu....pada sidia
menanggung rindu...pada sidia
tapi siapalah aku....

Thursday 22 April 2010

Lelaki ini....

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat-saat dulu
Kasih, apakah dirimu
merasakan semua itu

kemana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke mana pun arah anginku berlari

Hati  ini masih kau miliki

lelaki ini yang selalu mencintaimu,
selalu tanpa ragu
lelaki ini yang selalu memuja
hanya dirimu
yang bertakhta
dalam sanubariku,
sanubariku

aku yang mencintakan mu
hanya dirimu..ooo...ooo
kerana cintaku
tak terbatas waktu
kerana cintaku
tak mengenal jenuh hatimu
hatimu


ooo...oo..lelaki ini yang selalu mencintaimu
selalu tanpa ragu
lelaki ini yang selalu memuja
hanya dirimu yang bertakhta dalam sanubariku
selalu...uu...u...
lelaki ini yang selalu memuja
hanya dirimu yang bertakhta dalam sanubariku
ooo..ooo...
yang bertakhta dalam sanubariku....uu...uu

Anuar Zain.....

Kasih. aku tetap ingat dengan saat itu
Kasih, aku merasakan semua itu,
ku ingin turut langkah kemana saja kau pergi
bayangmu dalam tiap lena dan jagaku
tiupkan angin itu kepadaku..


aku tahu kau mencintaiku
tapi kau masih tidak mahu berterus terang
aku tahu kau memuja aku
tapi tak pernah nyatakan terus terang

kasih aku juga mencintaimu
hanya dirimu...dalam ingatan ku
walau pun waktu memisahkan kita
dan kau tak kenal jenuh hatiku

lelaki inikah yang aku impikan
yang telah mengetuk pintu cintaku
membalut lukaku...
lelaki inikah yang selalu memujaku
tanpa pengetahuan aku...
lelaki inikah sentiasa bertakhta
dihatiku
lelaki inikah yang sudi 
memahami...isihati
atau lelaki inikah yang akan
membawa aku ke alam impian

layakkah aku mencintaimu...
sudikah kau menerima diriku...

atau hanya aku......


Friday 16 April 2010

Hakikat Kehidupan Ini...

(Buat seorang Insan yang beriltizam....)

Perjalanan ini amat dekat
jika bayang yang dikejar...
amat jauh kalau masa yang diburu
gapailah hakikat
lontarkan gulana...

16042010 - 12.43  Temerloh

Thursday 15 April 2010

Perjalanan ini (sambungan 1)

(Buat Insan yang ku sayang...yang semakin jauh dariku...)

Kau jauh..
Jauh....makin jauh..
Jauh dariku.....


Bila perjalanan
mengajak aku merenung langit
memujuk aku memangku awan
tidak ku peduli
hujan lebat
ribut melanda


Bila perjalanan terhenti
Tiada lagi langkah
hilang sudah kiri dan kanan
Tegak lurus menanti panggilan
tidak ku impi
pelangi datang 


hujan terhenti
tiada lagi air mencurah
namun bumi terus membasah

(kerana dia telah milik segala...tanpa aku)

Wednesday 14 April 2010

Menikmati terbit mentari pagi Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu 12April 2010

Primula Beach Resort, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu 12.04.2010
Sesudah subuh, menikmati sinar keemasan mentari pagi