Followers

Tuesday 15 December 2009

Pantai Merdeka 11~12 Dis 2009

Salam Pantai Merdeka...
Ku jejakimu...11112009


Pada 11 hingga 12 Dis 09 yang lalu aku... berpeluang  menjejakkan kaki ke bumi Kedah Darul aman.
Perjalanan menaiki bas sewaan khas bersama sanak saudara kerana majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kg Kuala Muda.
Perjalanan yang memakan hampir 9 jam....agak memenatkan ..namun aku puas.  Sepanjang perjalanan aku menikmati pemandangan yang sangat indah.  Disepanjang perjalananan dipenuhi dengan pelbagai pemandangan dari hutan rimba, ladang sawit, bukit batu, air terjun dan diakhiri dengan sawah padi yang menghijau, saujana mata memandang.  Aku terkesima............


Awan  medung berarak.............disepanjang perjalanan di negeri Kedah....musim hujan

Cahaya matahari menembusi awan hitam ke bumi...pemandangan yang indah keajaiban tuhan...

Sawah  padi


Sawah padi di dalam kesuraman....disimbahi hujan

Bahasa awan bahasaku

Selepas hujan lebat........



Wahai  bayu setialah pada ombak...sabarlah....sayang
121209 - 2.22am

Chalet penginapan...





Di tepian pantai sewaktu mengambil angin malam.  Bertemu sahabat baru....Juliana memancing bersama suami dan adik2nya........

Bintang terang menemani malam
Desir bayu cuba ku genggam
aku datang dia pergi
wahai ombak ku dekati alunmu
setiakah mengintai pasir bila jejak tiada lagi

Di Persisir Pantai

Pantai Merdeka
Kota Kuala Muda Kedah
12.12.2009 - 1.15am


Ombak datang
mengejar daratan
dan kembali kelaut
meninggalkan daratan yang setia
gemersik bunyinya ombak
menjadi hiburan...
menjadi pujian...
namun daratan yang setia menunggu
kehadiran ombak...
makin dilupa...
makin dinoda...
makin tersiksa...
sekadar jasa untuk dilupa..

121209 - 2.31am


Perjalanan hidup ombak bersama daratan
ditakdirkan begitu...
Jasa daratan akan dilupa
bila daratan terhakis dek keganasan ombak
Namun ombak tak pernah lupa pada daratan
Daratan tak pernah lari dari ombak

121209 - 2.39am

Daratan yang setia...
berkorban untuk mengizinkan dihakisi ombak yang zalim
malah tak cukup dengan ombak yang dipuja wanita
datang pula tsunami yang lebih berwibawa,
memusnahkan daratan secukupnya.
Masih perlukah kita memuja ombak????

121209 - 2.50am


wahai ombak
kejamnya dikau
memangsakan daratan tanpa belas kasihan
Datanglah padaku wahai daratan
Didadaku tersimpan
sejuta ehsan
sejuta impian dan harapan

121209 - 2.59am


Puteriku....Hanisah

Perjalanan sebuah pencarian akan berakhir.
Di depan mata
Cuba mengubat kelukaan di dada
Cuba membalut kepedihan derita
Tapi.....tanpa punya apa-apa!

121209 - 2.53



Meneruskan perjalanan mencari penghujung Horizon.........121209 6.46
Jangan tinggalkan aku...121209 - 6.55

Berlatarbelakangkan Gunung Jerai........

aku tetap di sini
sendirian
setia meyaksi ombak  memuja pantai
bayu tetap berdesir
menghibur mengalun
Jangan salahkan ombak atau pantai
jika mereka mungkir  untuk bersama
setiap hari
Gagal untuk saling menemani

121209 - 7.43am



Gunung Jerai........

No comments:

Post a Comment