Followers

Thursday, 10 December 2009

Majlis Walimatulurus Puteri Saudaraku...Erinawaty & Muhd Fathir 6.12.09

Alhamdulillah....aku berkampung dengan saudara mara sebelah suami aku selama 3 hari 3 malam.  Tak cukup tidur...keletihan...namun kepuasan tetap ada kerana pasangan pengantin telah selamat diijabkabulkan pada petang Jumaat 4.12.09 diakhiri dengan majlis keramaian pada 6.12.2009



wajah ceria pengantin baru Erinawaty & Mohd Fathir


Menu hidangan untuk pasangan pengantin istimewa dari chef bidan terjun....Nazura


hasil tangan aku...juga chef bidan terjun pada hari itu


siapa ini...?orang kuat majlis pada hari tersebut....Inilah adik beradik suami aku...yang cuma empat itu.
suami aku..Mahfudz, Kak Long (ibu pengantin perempuan), Uchu & Kak Kiah
sedang berdiskusi tentang perjalanan majlis.............

Jumaat ini 11.12.2009.........rombongan pengantin perempuan akan bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kuala Muda Kedah...Kami sudah menyewa bas rombongan ke sana dan akan menghadiri masjlis di pihak lelaki pada hari Sabtu.  Sementara itu kami akan menginap di Chalet di Kota Kuala Muda (tempat tsunami 2004) yang telah disediakan oleh pihak pengantin lelaki....
InsyaAllah....
tunggu berita selanjutnya ya.......

Friday, 4 December 2009

Cahaya Hati

Cahaya hati – Opick

Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hambamu menangis
Kerana kemurahanMu
Kerana kasih sayangMu
Hanya bila diriMu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa yang rela dia kekasihMu
Kau yang selalu terjaga, yang memberi segala

Allah Rahman, Allah Rahim
Allah hu ya Ghofar ya nuruqalbi

Di setiap nafas, disegala waktu
Semua bersujud memuji
Memuja AsmaMu
Engkau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allah hu YaGhofar, Ya NuruQalbi,

Setiap mahluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untukMu
Setiap wajah mendamba cintaMu cahayaMu

Allah Rahman Allah Rahim
Allah hu YaGhofar, Ya NuruQalbi

Merehatkan minda dan fizikal - Concorde Hotel Shah Alam - 04.12.2009


4.07.2009 - Concorde Hotel, Shah Alam
5 bulan yang lalu...

Sewaktu aku menupdatekan blog  ini waktu sudah dinihari...3.32pagi mata masih belum mengantuk...
sahabat aku sudah lama terlena..

Disini  genap 5  bulan yang lalu..pada tarikh yang sama....satu sejarah dalam hidup aku bermula....
nak tau apa sejarahnya...nanti ya ku singkap kembali.....







Jeng..jeng..sejak aku... jadi anak murid @ pelajar @ penuntut
aku...putih mula suka pakai
baju hitam..............
he..he...itulah sejarahnya.

Thursday, 3 December 2009

Kisah Pasir

Kisah Pasir

Dari mata airnya yang nun jauh di gunung sana, sebatang sungai mengalir melalui apa pun di tebing dan lembah, akhirnya sampai padang pasir. Selama ini ia telah berjaya mengatasi apa jua halangan, dan sekarang berusaha pula menakluki halangan yang satu ini. Tetapi setiap kali sungai itu cepat-cepat melintasinya, airnya segera lenyap di pasir.

Sungai itu sangat yakin bahawa ia ditakdirkan menerusi padang pasir itu, namun ia tidak dapat mengatasi masalahnya. Lalu, terdengar suara tersembunyi yang berasal dari padang pasir itu. Bisiknya, “Angin boleh menyeberangi padang pasir. Dengan menyeberang seperti yang kau lakukan itu, jelas kau tak akan berhasil. Kau hanya akan lenyap atau jadi paya-paya. Kau harus mempersilakan angin membawamu menyeberangi padang pasir, ke tempat tujuan.”

Tetapi bagaimana caranya? “Dengan membiarkan dirimu terserap angin.”

Gagasan itu tidak dapat diterima Si Sungai. Bagaimana pun, sebelum ia sama sekali tidak pernah terserap. Ia tidak mahu kehilangan dirinya. Dan kalau dirinya itu lenyap, apakah dapat dipastikan akan didapatinya kembali?

“Angin, “ kata Si Pasir, “menjalankan tugas semacam itu. Ia membawa air, membawanya terbang menyeberang padang pasir dan menjatuhkannya lagi. Jatuh ke bumi sebagai hujan, air pun menjelma sungai.”

“Bagaimana aku boleh yakin bahawa itu benar?”

“Memang benar, dan kalau kau tak mempercayainya, kau hanya akan menjadi paya-paya, dan menjadi paya-paya itu pun memerlukan waktu bertahun-tahun, berpuluh tahun. Dan paya-paya itu jelas tak sama dengan sungai, bukan?”

“Tapi, tak dapatlah aku tetap berupa sungai, sama dengan keadaan aku kini?”


“Apa pun juga yang terjadi, kau tidak akan boleh tetap berupa dirimu kini,” bisik suara itu. “ Bahagian intimu dibawa terbang, dan membentuk sungai lagi nanti. Kau disebut sungai juga seperti kini, sebab kau tak tahu bahagian dirimu yang mana inti itu.”

Mendengar hal itu, dalam fikiran Si Sungai mulai muncul gema. Samar-samar, ia ingat akan keadaan ketika ia – atau bahagian dirinya? Berada dalam pelukan angin. Ia juga ingat benar demikiankah? Bahawa hal itulah yang nyatanya terjadi, bukan hal yang harus terjadi.

Dan sungai itu membumbungkan wapnya ke tangan-tangan angin yang terbuka lebar, dan kemudiannya dengan cepat mengangkat dan menerbangkannya, lalu membiarkannya merintik lembut segera setelah mencapai puncak gunung nun di sana yang tak terkira jauhnya. Dan kerana pernah meragukan kebenarannya, sungai itu dapat mengingat-ingat dan mencatat lebih pantas pengalamannya secara terperinci. Ia merenungkannya.

“Ya, kini aku mengenali diriku yang sebenarnya.”

Sungai itu sudah mendapat pelajaran. Namun Si Pasir berbisik, “ Kami tahu sebab kami menyaksikannya hari demi hari, dan kerana kami, pasir ini terbentang mula dari tepi pasir sampai ke gunung.”

Dan itulah sebabnya mengapa dikatakan bahawa cara kehidupan Sungai meneruskan perjalanan tertulis di atas pasir.

CATATAN.

Petikan dari Kumpulan Kisah Nasihat Para Guru Sufi selama Seribu tahun yang lampau.










Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa 2009 - 2~3 Dis 2009

Semasa aku menulis blog ini aku baru saja balik dari menghadiri majlis sambutan Hari Wanita Desa Sedunia 2009  di Grand Blue Wave,  Shah Alam, Selangor.

Tema sambutan pada tahun ini ialah "Tuntut Hak Anda Terhadap Kesihatan & Kesejahteraan"

Sambutan Hari Wanita Desa yang di rai pada 15 Oktober setiap tahun telah mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November 2007.
Dari tarikh tersebut sambutan itu dikenali  sebagai hari Wanita Desa Antarabangsa.  Angkasa telah menganjurkan sambutan ini sebagai penghargaan untuk wanita di atas sumbangan mereka kepada gerakan koperasi.  Ini merupakan hari dimana suara mereka didengari.






Seramai hampir 700 orang yang terdiri dari koperator dari seluruh negara, usahawan2 wanita dan individu dari pelbagai NGO telah hadir dengan tujuan utnuk memperkasakan koperator wanita dengan memberi pendedahan kepada peluang-peluang pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

Kertaskerja,Forum dan pengalaman langsung bersama tokoh wanita disamping pamiran jualan, pemeriksaan kesihatan dari pusat kesihatan adalah acara dalam sambutan berkenaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri  Ismail Sabti Yaakob. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.



aku tidak melepaskan peluang mengambil manafaat dari program berkenaan. 

Disamping mendapat kenalan dan jaringan perniagaan yang baru aku  turut gembira kerana berpeluang bertemu kembali dengan sahabat2 lama di angkasa...Puan Hjh Armi Hj Zainuddin NYD Angkasa,  Tn Hj Md Zahir Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Kedah (sama2 ke Korea Selatan dulu..........) Pn Hjh Roszurina Hj Omar- Timbalan Bahagian 4P (Pembangunan), Raja Aubidah Raja Abdul Rashid(masa sama-sama jadi Ahli Jawatan kuasa Wanita Angkasa Pusat suatu ketika dulu....dan sahabat2 yang lain2 tu  tak sempat  nak bertegur sapa...






Bersama Dato Zaleha Ismail...tiru macam saya..


Puan Hj Armi Zainuddin NYDP Angkasa...sahabat lama...


Raja Aubidah Raja Abd Rashid (Mawar Johor)  sahabat lama dah tak jumpa

Disamping tu aku tak lepaskan peluang membuat pemeriksaan kesihatan............Sihat...alhamdulillah.....


Jururawat sedang mengambil darah


Doktor sedang menguji tekanan darah


Dr nasihatkan aku...........jaga pemakanan........


Dr Rasimah Ismail dalam ingatanku....
Jangan lupa visit  my blog Dr....

Sahabat "Embun" - Hanya Malam Dapat Meleburkan Segala Rasa Yang Tak Terungkap

Wahai Sahabat,
aku… tak mahu menjadi
Embun.........
Yang jatuh di permukaan kayu,
dalam gelap gulita dinihari,
Tanpa melihat wajah dan mengenali diri.

Waktu mentari mula menjelma
Terserlah diri bersama manik-manik kaca,
lagi indah berwarna warni bak pelangi.

Bila hari mula meninggi
Embun terus kagum dengan keindahan diri,
Tanpa sedar , diri semakin kecil
hampir tersingkir ditelan mentari.

Wahai sahabat,
Bantulah aku…,
Sebelum diri lenyap di permukaan kayu ,
bersama mentari yang terus menyepi.
aku…rela bersamamu
Wahai sahabat.
kerana yakin
Dalam diammu ada sayang, dalam tegurmu tersisip kasih,
Dalam marahmu teriring doa, dalam jeritmu terdengar manja.
Berbahagialah aku… menjadi sahabatmu….
KeranaNYA.

Gelas-gelas kaca, berikan aku... cerita….
Gelas-gelas kaca sinarkan aku...cahaya.

“Hanya Malam Dapat Meleburkan Segala Rasa Yang Tak Terungkap…”



Tuesday, 1 December 2009

Sahabat....

Duhai Sahabat....

Sahabat sejati
Sahabat diri
Sahabat dinihari
Sahabat abadi

Sahabat...sahabat... sahabat... sahabat....