Followers

Friday, 26 March 2010

Hari-hari Terakhir 'NEC'

Sempat posing di hari2 terakhir NEC di dunia ini...terutama di Telok Panglima Garang...
Semasa pulang dari kerja petang semalam....sempat posing dengan kawan2 sebelum logo NEC diturunkan dari tempatnya dan diganti dengan.....................Renesas KL Sdn Bhd
NEC akan jadi kenangan......................sayonara NEC.....
1hb April, 2010  NEC akan bersemadi....dan yang tinggal hanya cerita suka duka bersamanya...

Tuesday, 23 March 2010

Indahnya...

Indahnya saat ini

Hanya mimpi dalam
mengerti yang tidak pasti

Cuba menjauh,
namun ia semakin dekat
Ku lari ia
ingin beriringan
Sangat menyentuh
aku mengerti
dan malu sendiri

Monday, 22 March 2010

PROMOSI JUALAN "TUNGKU GARAM HERBA"

20.03.2010 - 18.30 pm  bergegas ke Uptown Banting

Hari pertama berniaga "Tungku Garam Herba"
Di gerai Huda...Chan..taukeh kedai (anak saudaraku)
Malam perasmian gerai "Uptown Banting"
Aku menumpang tuah...kot...

Dirasmikan oleh EXCO SELANGOR Dato' Yaakop Safari
Dato sedang menemubual dan beramah mesra dengan pengusaha2 gerai .....(termasuk aku la....)
Gerai pertama yang dilawati...  (gerai aku...) ada feng sui la....
pelanggan pada malam itu...sibuk membelek2 barangan

1.00 pagi -------Uh bergegas balik...
Aduh keletihan............................
Bukan senang nak senang ya....
.

Sunday, 21 March 2010

Hari Ulang Tahun anakanda Muahmmad Fuad 20.03.2010

20.03.2010.
Dalam sibuk2 nak ke kedai untuk promosi perniagaan hari ini.  Sempat juga aku sambut hari ulang tahun anakandaku Muhammad Fuad.
Hari jadinya ke 18 tahun.  Juga kesyukuran atas keputusan peperiksaan SPMnya.

4.30 pm singgah ke kedai Kek dalam perjalanan balik dari tempat kerja
5.00 pm  sambut hari ulang tahun dan majlis kesyukuran...secara ringkas aje...
Adik beradik sahaja...cuti sekolah..jadi semua ada kat rumah
Ini semua anakandaku yang dapat berkumpul masa cuti sekolah ni...Muhammad Fuad, Muhammad zahir, Munirah, Hanisah dan Muhammad Haikal.



Inilah yang tinggal.....

Jam 6.00 pm bergegas untuk promosi jualan hari pertama di Uptown Banting........
juga Majlis Pelancaran....

Jum kita ke sana pula

Wednesday, 17 March 2010

aku...Dia dan.....irama hidup

Bingkas aku dari lena yang singkat...
namun penuh dengan mimpi indah
aku...dan....dia berpakaian putih
di sebuah bilik  rumah lama
dikelilingi suasana serba putih
penuh dengan rahsia
yang tidak ingin dikongsi dengan yang lain
160310149
Indahnya mimpi, syahdunya memori
170310848
Mimpi indah hanya akan jadi igauan
Memori hanya akan jadi sekadar memori
yang akan menganggu fikiran
...bagi yang tidak mahu atau cuba
menyelami....
memahami....dan
mengerti.....
170310855
Suasana ceria hari ini,
namun kemaafan aku pinta
kerana sering mengganggu dirimu..
dengan mimpi-mimpiku.........
dengan kerenah hidupku.....
dengan nostalgia masa lalu...


Mimpi aku dan Dia
yang tetap indah...
Ahh..h mimpi aku dan dia, 
mungkin tidak bermakna buat dia ,
....tapi ia terlalu bermakna buat aku
170310101
Janganlah kata tiada makna.....
Setiap apa yang hadir dalam hidup kita
ada rahsia dan maknanya...
tambahan dalam menempuh usia..,
menjengah dunia akhirat
1703101015
apakah yang dikejar
dalam hidup yang sementara
dan tinggal dipenghujung ini...
1703101026

kejarlah keredhaanNya dalam setiap apa yang dibuat
jadikan diri hari ini lebih baik dari semalam
maafkanlah diri sendiri atas kesilapan yang telah dilakukan.
InsyaAllah...hidup akan lebih bermakna
170310 1029
dalam muhasabah diri
dan mengejar keredhaanNya
namun masih kecundang
dengan nafsu dan kehendak diri
terus keliru...
dengan diri sendiri
apakah dan siapakah diri ini...??
1703101209
Diri adalah kita yang merupakan hanya satu
dalam alam maya ini,
tiada duanya..
diri kita telah berjanji dengan Allah
untuk menjadi khalifahnya di muka bumi ini.
Hambanya..
marilah kita penuhi setiap detik yang hadir
untuk keredhaanNya.
jika terkeliru, teralpa,
segeralah memohon keampunanNya,
Allah maha pengampun...
Allah hu akbar...
170310 1215

Kemaafan ku pohon
kerana melibatkan kau
dalam banyak perkara
kerana aku selalu kecundang dan
tidak mampu menolaknya.........
170310 1250
kecundang dengan iramanya..

Dinner aku malam tadi...BOSTON JUSCO KLANG 16.03.2010

STEAMBOAT,  
BOSTON......JUSCO, KLANG
Lepas meeting dengan business partner....malam.....tadi........
sesekali teringin makan stemboat.
dengan apple juice
Desertnya ..aiskerim.....banana split
.....nyami...nyami....
oOOp..sss.ssssss............
share dua orang tu....

Tuesday, 9 March 2010

Bengkel Pemborongan & Peruncitan 9-11Mac 2010

Hari ini aku menghadiri bengkel Pemborongan & Peruncitan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Bengkel ini akan berakhir pada 11.03.2010.
Bengkel yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh CEO SKM Dato' Mangsor Saad.
Majlis Perasmian oleh Dato' CEO
Beberapa tajuk bengkel telah ditetapkan untuk dibincang dan dirumuskan oleh peserta yang hadir seramai 100 orang.

Bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja...sambung lagi buat dalam bilek...hingga jam 2.30 pagi...tertidur...kecian kita ya...he..he..
Rakan baru, teman sebilik Pn Suhaini..Pengurus Koperasi KOPERMA, Melaka
bersama  Pengarah SKM  Ibupejabat, Pn Saadah Siraj (Urusetia)
juga teman lama..(sama2 ke Korea) dulu...sempat berposing...
Bendahari Koperasi En Shahnaz Riza bersama dengan Business Partner dari KOPRO Setiausaha En Nordin dan Pengerusi En Fikri yang sama2 hadir dalam bengkel tersebut.