Followers

Tuesday, 24 November 2009

BBQ SANTAI DI CAMAR LAUT, BAGAN LALANG SEPANG 211109

Setelah tamat program pebentukan diri dan pemantapan jiwa khalifah pada sebelah siangnya, kami mengadakan BBQ SANTAI pada sebelah malamnya. dengan tujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama pekerja dan saling mengenali dengan lebih rapat lagi.

BBQ disediakan oleh chef2 kesayangan KNB yang diketuai oleh Shaharim, Hisham, Udin, fadhil dan tak lupa bang selamat.  menu cukup istimewa......

Sambil berBBQ,  anak2 buah aku berkaraoke...sempat juga aku menyampaikan sebuah lagu  istimewa, khas untuk tetamu  jemputan  yang datang dari jauh....Raub Pahang.

Sebenarnya itulah pertama kali aku berkaraoke di khalayak ramai,  malu...suara tak sedap tak merdu.  Tapi dek kerana berhasrat untuk menujukannya kepada tetamu khas, ku pejamkan mata, ku pekakkan telinga sendiri(supaya tak dengar suara sendiri yang tak merdu itu)....Orang lain dengar tentu sakit telinga....hu..hu...hu...


Chef  & pegawai kesayangan KNB Hisham & Shaharim

Tengok tu...orang kuat pada malam tersebut. Udin & Fadhil..



Menu-menu istimewa malam itu
lagi. lagi dan lagi,tak dapat nak ditunjuk lagi...
Chicken wing   and.........kerang bakar


Antara staf2 kesayanganku.................

Tetamu khas aku malam tu En Jamaludin dan keluarga


Beliau sempat menyampaikan sebuah lagu kegemaran ku
  'Biarkan Bulan Bicara Sendiri' Sedap suara.... Penuh penghayatan...feeling habis


Baru berkenalan......mesra nampaknya......

Penyumbang suara tetap  malam itu....cahiyok la....

Taubat

Taubat - Opick

Wahai Tuhan
Jauh sudah, lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarMu
Wahai tuhan
Aku lemah hilang penuh noda
Hapuskan lah terangilah
Jiwa tunjukkan jalanku

Ampunkan aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
yang maha pengampun dosa

Ya Rabbi, Izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkan lah aku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau yang maha pengampun dosa

Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali .... kembali
Dan meski tak layak  sujud padamu layak
Dan sungguh tak layak aku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun dosa

Berikan aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali, kembali kepadamu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Aku ingin kembali  kembali kepadaMu

Ampunkanlah aku

Program Pembentukan Diri Dan Pemantapan Jiwa Khalifah Siri 5 & 6 (Akhir) 21.11.2009 Camar Laut Bagan lalang Sepang, Selangor

Program ini telah dimulakan sejak 19.07.2009 yang lalu.  Mempunyai 6 siri dimana telah diakhiri dengan siri 5 & 6 di Camar Laut, Bagan Lalang Sepang pada 21.11.2009 yang lalu

Tajuk 1  : Membersih diri, Mensuci Jiwa/Finding the lost Soul.
Tajuk 2:  Menerappakai Sifat Insan Cemerlang
Tajuk 3 : Lonjakan diri Insan Berwawasan
Tajuk 4 : Pemantapan Ilmu dan amal Insan Gemilang
Tajuk 5 : Insan Bijaksana pemangkin Ketamadunan Ummah
Tajuk 6 : Insan Terpuji, taulan Cemerlang, Organisasi Terbilang

Kebahagian Diri adalah apabila melihat orang lain bahagia

Kebahagian diri adalah dengan membahagiakan orang lain

Suasana di dalam kelas...belum mula lagi
En Fahmi dalam kelas.....sedang berkongsi ilmunya....Terima kasih bro Fahmi.


Apakah yang anda akan lakukan jika anda di beri peluang ke 2.......?



Sesi bermaafan sesama kita setelah selesai program. Bertangis2an gitu...dah muhasabah diri......
Mereka yang hadir....Anak buah aku ni.

Aku sayang mereka

Mereka semua sudah berubah...Memang itu yang aku inginkan. 
Berubah kepada yang lebih baik.  Semalam adalah lebih baik dari kelmarin dan  Hari ini adalah lebih baik dari semalam.
Anda semua adalah khalifah Allah yang sangat di kasihi...dan dicintaiNya.

Warkah ku....untuk yang aku cintaai dan aku juga yakin bahawa Dia juga mengasihi dan mencintaaiku.....

Warkah Buat Yang Ku Cintai
Untuk Allah tuhanku yang satu

Assalamualaikum ya Allah
Aku hambamu yang telah banyak melakukan kesalahan dan dosa terhadap diriku sendiri
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Allah pemberi segala
Terimalah taubatku ini
Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangmu
Engkaulah yang ku kasih yang ku sujud kepadamu
Sinarlah hidupku ini dengan rahmat dan kecintaanMu
Sepanjang hayatku,
Aku mengharap cintaMu ya Allah.
Janganlah kau palingkan wajahMu dari ku Ya Allah.
Limpahkanlah kasih sayangMu
kepada mereka yang ada di sekelilingku
Keluargaku, jiran-jiranku, sahabat-sahabatku, pekerja-pekerjaku
dan mereka yang mengenaliku
Engkaulah pemberi segala.
Engkau yang paling dekat denganku
Ku nyatakan cintaku padaMu
Limpahkah rahmat dan kasih sayangMu ya Allah
Terimalah taubatku…ya Allah

Iklas dari jiwa yang mencintaaiMu…
21.11.2009
Camar Laut, Bagan Lalang,
Sepang, Selangor


Dan ini doa kudus yang dibacakan oleh bro Shamsul....


Ya Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
Ya Allah yang maha pemurah dan maha pengampun
Terima kasih ya Allah di atas limpah perkenanMu,
kami dapat berkumpul di hari yang indah ini,
dalam keadaan sihat sejahtera.

Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa kami,
Dosa-dosa yang telah kami lakukan antara sedar atau tidak sedar,
kerana kami tidak memahami,

ampunkanlah kami ya Allah.
Izinkanlah perubahan dalam diri kami,
Izinkanlah kami memahami di atas ilmu yang kau limpahkan ke atas kami,
Izinkanlah kami mengamalkan ilmu itu dengan yakin dan ikhlas.

Kurniakanlah kami kekuatan untuk melakukan perubahan
yang baik dan kekalkanlah kami dalam perubahan

Ya Allah ampunkanlah dosa kami
Kami merasakan kami hanyalah orang biasa
Sedangkan engkau memandang kami istimewa
Ya allah ampunkalan dosa kami

Engkau telah memberikan kami kesihatan yang baik
Engkau telah memberikan rezeki yang baik
Engkau telah memberikan pekerjaan yang baik
Engkau telah mengurniakan keluarga yang baik
Engkau telah mengurniakan masa kepada kami
Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu

Izinkanlah kami melakukan taubat kepadamu sekiranya
masa masih ada, selagi nyawa masih ada untuk kami
Izinkanlah kami melakukan perubahan yang baik,
kerana kami tidak tahu samada esok masih ada untuk kami

Ampunkanlah dosa kami ya Allah
Ampunkanlah dosa ibu bapa kami ya Allah
Ampunilah dosa adik beradik kami ya Allah
Ampunkanlah dosa suami, isteri dan anak-anak kami ya Allah
Izinkanlah perubahan yang baik ke atas kami dan
izinkanlah kami kekal di dalamnya

Kurniakanlah kami kekuatan dan kefahaman ya allah

Ya Allah izinkanlah kami mengamalkan ilmu yang kau kurniakan kepada dengan ikhlas dan yakin.
Izinkanlah kami menjadi hambaMu yang tunduk sujud menghambaabdikan diri hanya kepadamu ya Allah

Airmata mereka semua berguguran tanpa henti di saat doa ini dibacakan..........

Hari ini....24.11.2009 sejak Ahad lalu, kebanyakkan dari kami merasai diri kosong, fikiran tenang entah apa yang difikirkan atau memang tidak memikirkan.  
Itulah keyakinan diri yang hadir....merasa amat tenang dan yakin.........Yakin kepada Allah...pemilik segala, yang tidak pernah mungkir....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Aku bersyukur dengan limpah rahmatMu ya Allah...

MERANCANG PELABURAN KOPERASI MKM 16~18NOV 2009

Pada 16 hingga 18Nov. 2009 yang lalu aku berpeluang untuk mengikuti kursus Merancang Pelaburan Koperasi di Maktab Kerjasama Malaysia di Petaling Jaya.Banyak perkara yang ku pelajari dari kursus ini terutama dari pembentang-pembentang kertaskerja yang telah dijemput khas. Bukan saja dari pembentang kertas kerja ilmu ku dapat, malah dari rakan2 koperator dan peserta2 lain juga. Malah pengalaman mereka sangat berharga untuk dikongsi.

En Jamal telah membentangkan kertaskerja kumpulan kami pada hari terakhir.
kertaskerja untuk pembentangan kumpulan pada hari terakhir. Saudara Jamal mengetuai kumpulan

Sesi bertukar2 fikiran.  Berinteraksi dengan trainer.  Lontaran idea yang baik dari peserta kursus untuk semua...
Sempat lagi posing dengan sahabat baik aku di dalam kelas... ni
Suasana di dalam kelas, Cik Farahani sebagai tenaga pengajar pagi itu...

Kami juga telah dibawa melawat ke Bursa Malaysia dan juga Jupiter Securities Sdn Bhd di Menara Olympia Jalan Raja Chulan. untuk diperkenalkan dan untuk di dekatkan lagi dengan ilmu pelaburan saham.



Thursday, 19 November 2009

Wajah Kasih


Wajah Kasih...
Sebuah rasa sayu ini...
menarik jiwa pada seorang insan..
ku lontar pandangan dalam sebuah perjalanan,
mencari sebuah wajah kasih.
181109 - 17.40
Wajah kasih itu terperangkap di desir bayu.
Cuba ku bisik ia membisu
Ku kait dengan jiwaku.
Tiada lagi lontaran kasih dapat ku temu.
Hanya menyapa tatkala memerlu....
181109 - 18.10

Janganlah terlalu ikutkan perasaan
kaulah sorang2nya insan yang tahu banyak mengenai aku...
lagu-lagu tu adalah pengkisahan hidup aku
Jasa bonda - untuk emak
ayah - untuk ayah
Cinta Tiga Segi - untuk isteri
Harapan - untuk kekasih pertama
Mati Hidup Semula - untuk adik beradik
Sabarlah sayang - untuk S
Mungkin - untuk aku....
191109 - 19.32

Sunday, 8 November 2009

Bila aku...bicara

Bila aku...bicara

Memandangkan aku ni masih lagi dalam proses pembelajaran nak buat blog/baru belajar le katakan....tak dapat nak menulis perkara2 yang agak berat sikit. Hanya cerita2 perjalanan kehidupan harian sahaja yang dapat dicoretkan. Nak updatekan blog pun tak berkesempatan ........jadi faham saja la ya...cerita dan gambar pun kekadang tu tak ikut turutan tunggang terbalik.....Harap maaflah ya.

Buah Cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan,
aku budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.

aku insan biasa.........Ini pun mek zizah yang ajar aku buat blog....thank you mek.... belanja chicken chop nanti. Hisham masak...keh..keh...

Terima kasih Nenda




Ku intaimu nenda di kolam larangan
Ku temui sinar di air yang berkaca
Ku tercari-cari mimpi di malam sepi
Bayangmu hadir bersama rindu tak bertepi

Dakapan kasih kau sertakan
sebagai hadiah sempurna penyusunan
Itulah limpahan cintamu nenda
Pada cucunda yang kau tatang

Terima kasih ku lafaz berkali-kali
Syukurku padaMu tidak terhingga
Ku bilang-bilang rahmat yang datang
KurniaNya hadir tidak terkira.


PintuMu akan ku ketuk setiap kali
ku merinduiMu......

Salam rindu tak bertepi…………
Cucunda Saba