Followers

Sunday, 8 November 2009

Kembara BBQ 07112009 - Goodyear Court 8 USJ 14 & Berhujung Minggu Bersama Mutiara Hati

Bilik 720...Concorde Hotel Shah Alam,
071109 ~ 081109


Masjid Negeri yang indah...













3 anakandaku yang ke 3, 4 & 5 Munirah, Hanisah & Muhammad Haikal sayang....


















Dicelahan pohon disisi concorde







































Dicelahan bunga....disisi concorde













 
Tiga beradik yanceria selalu, tapi kadang2 tu gaduh juga...bila ada yang tak puas hati antara satu sama lain.
















siapa yang suka cari pasal
Kalau Haikal dia akan kata,
Kakak tu cari pasal...hu..hu...hu..
Kenalah pujuk.............

Haikal beraksi....











































Buat terjun papan anjal gitu....tapi pakai pelampung












Aksi-aksi si Haikal yang terlampau gembira dapat main air...



























Sayang adik...........













Pujuk adik ke...?













Tengah belajar menyelam....berenang dah pandai.....












Ini kakak Munirah. Panggilan glamornya Ira...

Agak lasak sikit dia ni...
Kalau kat sekolah semua aktiviti dia nak ambil bahagian.
Tak kiralah lasak ke.
Sukan, nasyid, menyanyi, mengaji,berkhemah, program motivasi dan
macam2 lagi. Tapi kalau dah penat, mamanya jadi tukang urut la....


















Cari strategi macam mana nak menyelam atau baru nak belajar berenang...?












Beraksilah tu...














Fotogenik....













Ini Hanisah....cukup suka bergambar macam mamanya juga. Lihat posing manja dan fotogeniknya....











Selesai BBQ, bersih satu meja,,,,tinggal buah rambutan yang aku bawa tu, Pandan layer pun tak terusik. Masing2 dah kekenyangan...alhamdulillah . Tu botol sos ya.......








Wajah juara musical chair...










Tak lepas peluang posing sakan











Mamanya posing, anak tak lepas peluang









Menceriakan gambar, bukan nangis tau...










Ku abadikan kenangan...saat manis menjalin hubungan kanak2....











































Mereka mencipta kenangan indah....mula menjalin kemesraan...tapi sayang waktu ini saat berpisah hampir tiba.
Zaman kanak2, zaman terindah






haikal tunjuk manchonya.........













Mata dah merah...petang tadi rendam dalam kolam, malam ni....sat lagi












tak puas kat condorde....malam2 pun sanggup rendam kolam lagi anakandaku ini...
kolam GYC 8,USJ14











haikal, hanisah, aiman, aliah














Hai, shima Marvelous la you, suara merdu dan santai....
aku admire kat you la.....keh..keh..







Sebahagaian dari kanak2 yang ada malam tu, termasuk anak aku yang 3 orang tu. Yang lain ada dalam kolam agaknya....











Ira dah jadi juara musical chair. Upacara penyampaian hadiah tu...














Ini lah belon2 yang akan menjadi mangsa....













Sedang menunggu arahan....bagaimana nak korbankan belon untuk dapatkan gula2













Belon warna-warni.....hai nasib...kau la belon














Sebahagian ibu2 dan anak2 yang kegembiraan. Dah dapat mandi kolam, dah makan....dapat goodies lagi....
tak pe...nanti sambung terjun kolam lagi, lepas tu...boleh makan lagi...masa masih ada










Ibu-ibu...sebahagian anak2 . Yang lain kat kolam....














Ceria ke tiga2 anakku dapat goodies. Dah makan, kejap lagi nak terjun kolam.....













Tunggu masa nak dihidang kepada tetamu














Siap terhidang. Merah terbakar....wahai si udang














Roti garlic pun ada
















Dari arah depan berlatarbelakangkan khemah tetamu














Sibuk berBBQ chef kita....untuk tetamu















Ini yang ku `cicipi' yang lain tak ambil gambar. Malu...banyak sangat kot





























Made by brother Fahmi...Chaiyok lah Fahmi































Diantara menu2 pilihan pada malam itu...













Mencari juara....acik & Ira..
Juaranya ialah....











He...he...Haikal tak nangis ...haikal dapat kerusi











Haikal pun turut serta...gembiranya dia...dituruti dibelakangnya Nisa dan Munirah..










Kembara BBQ telah pun bermula. Sambil makan2 acara untuk anak-anak akan bermula... Musical chair...Sedang mendengar arahan dan syarat pertandingan  dari kak Nurul









Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di waktu senja. Di rakam dari bilik penginapan...












Bang...bang... siapa yang kena?












Gambar curi.....baru naik dari kolam









Posing........












Kegembiraan jelas terbayang di wajah anak2ku. Itu yang sangat aku harapkan. Memberikan kegembiraan dan kebahagiaan ke dalam hidup mereka. Seringkali mereka ku tinggalkan untuk bekerja. Biar kali ini masa ku luangkan untuk mengembirakan mereka.
Dah dalam kolam, anak2 tak sabar2 minta mamanya turun ke air. Ok juga tu...dah agak lama aku tak mandi kolam.....malas sikit. Tapi kali ini permintaan anak2...


Posing lagi, gaya manja gitu.....
Anakandaku tak sabar2 nak terjun kolam, seronoknya dapat air.......



Bersantai di tepi kolam sementara belum lagi sama2 berendam dengan anak2

Sewaktu aku menulis catatan ini aku berada di Concorde Hotel, Shah Alam. Ada urusan pekerjaan sambil tu bawa anak2 berehat. Bawa anak yang 3 orang je tu... Fuad sedang sibuk nak amil SPM pertengahan Nov. ini. Walaupun Zahir dah tamat PMR dia kena temankan papanya. Nanti papa tak ada geng bercerita kat rumah. Munirah dah tamatUPSR, Hanisah pun dah habis exam akhir tahun. Haikal tu...baru 4 tahun...dan aku sendiri ingin mengambil semula fikiranku yang sudah jauh entah ke mana. Terlalu sibuk dengan urusan harian dan beberapa perkara peribadi yang yang perlu diselesaikan.

Sementara itu disebelah malamnya ada undangan Kembara BBQ oleh sahabat-sahabat di BU.

Sekarang ni aku baru pulang dari BBQ berkenaan. Program Kembara BBQ ni benar2 menghiburkan terutamanya anak2 aku. Ada program 'pool party' untuk anak2. Musical chair, pecah belon pun ada. Itu untuk anak2. Munirah jadi juara untuk musical chair. Dapat hadiah.............Kena pecahkan belon dulu baru boleh dapat gula2. seronok tu... cuma.......... "NAK DAPATKAN SESUATU KENA KORBANKAN SESUATU". Itulah namanya keadilan.... dan..... ada yang menangis tak dapat kerusi......he..he..anak2.

Sambil makan2 kaum ibu berdiskusi sesama sendiri sambil mengawasi anak-anak kat kolam renang. Kaum bapa seronok berkaraoke dan turut diselang-seli oleh kaum ibu...

chaiyok la....suara mereka...kalah....Siti Nurhaliza atau allahyarham P.Ramlee.

aku admire betul dengan suara mereka-mereka itu.....Ada kelas...!

Akan ku titipkan photo-photonya nanti...tunggu ya.

JAMUAN KAKITANGAN & ALK - WARISAN ASLI, BUKIT TINGGI KLANG 25102009

Posing dengan Ice Kacang......Lazatnya













Ini group purple pulak. Zety, Rokahida, Azian & Raudah. Bersantai & menjamu selera di meja jepun. Maaflah gambar tak jelas, sebelah luar tu terang sangat.



Kakitangan aku yang berpakaian serba hitam putih, macam tahi cicak pulak....tapi menawan tu, Tenti, Hasanah dan Linda

Pengurus semeja dengan tetamu khas dari SCA . Consultant program yang baru melaksanakan proram pembentukan diri dan pemantapan jiwa khalifah untuk kakitangan koperasi.

Kami raikan bersama.


Jamuan makan tenghari sempena majlis perpisahan untuk anggota2 lembaga yang bersara dari jawatan dan meraikan anggota2 lembaga koperasi yang telah dilantik telah diadakan pada 25Okt. 2009 yang lalu di Warisan Asli, Bukit Tinggi Klang..Majlis seperti ini memang diadakan setiap tahun. Kali ini kami meraikannya di tempat yang berlainan dari biasa iaitu tempat yang masih mempunyai hiasaan dalaman berkonsepkan tradisional asli.




"PEMBENTUKAN DIRI & PEMANTAPAN JIWA KHALIFAH SIRI KE 3 - 25102009



Program ini telah diadakan sejak bulan Ogos 2009. Mempunyai 6 siri motivasi untuk kakitangan Koperasi dalam proses membentuk diri serta memantapkan jiwa masing-masing dalam proses muhasabah diri untuk menjadi insan yang di redhaiNya.

Thursday, 5 November 2009

Air Syurga



Air syurga

Haris seorang Badawi dan isterinya Nafisa hidup berpindah randah tempat membawa khemahnya yang tua. Dicarinya tempat-tempat yang ditumbuhi beberapa pohon kurma, rumput untuk untanya, atau mempunyai sumber air betapapun kotornya. Kehidupannya seperti itu telah dijalani bertahun-tahun lamanya, dan Haris jarang sekali melakukan sesuatu di luar kebiasaannya. Ia biasanya menjerat tikus untuk di ambil kulitnya dan memintal tali dari serat pohon kurma untuk dijual kepada kafilah yang lalu.

Namun pada suatu hari sebuah sumber air muncul di padang pasir. Dan Haris pun merasai air itu. Baginya air itu terasa bagaikan air syurga, sebab jauh lebih bersih dari air yang biasa diminumnya. Bagi kita air itu aka terasa memuakkan kerana sangat masin.

“Air ini harus ke bawa kepada seseorang yang boleh menghargainya” Kerana itulah ia berangkat ke Baghdad, ke istana Harun alRasyid. Ia pun berjalan tanpa berhenti kecuali kalau makan beberapa butir kurma. Haris membawa dua kantung kulit kambing penuh berisi air, satu untuk dirinya sendiri dan yang lain untuk Khalifah.

Beberapa hari kemudian, ia sampai ke Baghdad dan terus menuju istana. Para penjaga istana mendengarkan kisahnya dan hanya kerana begitulah peraturan di istana mereka membawa Haris ke hadapan raja.

Kata Haris “Pemimpin kaum yang setia, hamba seorang Badawi miskin dan mengetahui segala jenis air di padang pasir, meskipun mungkin hanya mengetahui sedikit tentang hal-hal lain. Hamba baru saja menemukan air syurga ini, dan menyedari bahawa ia merupakan hadiah yang sesuai untuk tuan, hambapun segera membawanya ke sini sebagai persembahan”

Harun terus merasai air itu dan kerana sepenuhnya memahai rakyatnya, diperintahkan para penjaga membawa Haris pergi dan mengurungnya di suatu tempat sehingga ia mengambil keputusan.

Kemudian dipanggilnya ketua penjaga. Katanya. “Apa yang bagi kita sama sekali tak berguna, baginya bererti segala-galanya”. Oleh itu bawalah ia pergi dari istana pada malam hari. Jangan sampai ia melihat Sungai Tigris yang perkasa. Kawal orang itu sepanjang perjalanannya menuju ke khemahnya tanpa memberi kesempatan merasai air segar. Kemudian berilah ia seribu mata wang emas dan terima kasihku untuk persembahannya itu. Katakan bahawa ia adalah penjaga air syurga, dan bahawa atas namaku ia boleh memberikan air itu kepada kafilah yang lalu, tanpa punggutan apa2.”

Sekian,

Wassalam

CATATAN.

Petikan dari Kumpulan Kisah Nasihat Para Guru Sufi selama Seribu tahun yang lampau.



P/s : Sesuatu yang pada kita mungkin tidak berharga sama sekali, adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai kepada orang lain………

Mari kita renungkan….