
Bilik 720...Concorde Hotel Shah Alam,
071109 ~ 081109
Masjid Negeri yang indah...

3 anakandaku yang ke 3, 4 & 5 Munirah, Hanisah & Muhammad Haikal sayang....
Dicelahan pohon disisi concorde
Dicelahan bunga....disisi concorde

Tiga beradik yanceria selalu, tapi kadang2 tu gaduh juga...bila ada yang tak puas hati antara satu sama lain.
siapa yang suka cari pasal
Kalau Haikal dia akan kata,
Kakak tu cari pasal...hu..hu...hu..
Kenalah pujuk.............
Buat terjun papan anjal gitu....tapi pakai pelampung
Aksi-aksi si Haikal yang terlampau gembira dapat main air...
Tengah belajar menyelam....berenang dah pandai.....
Ini kakak Munirah. Panggilan glamornya Ira...
Agak lasak sikit dia ni...
Kalau kat sekolah semua aktiviti dia nak ambil bahagian.
Tak kiralah lasak ke.
Sukan, nasyid, menyanyi, mengaji,berkhemah, program motivasi dan
macam2 lagi. Tapi kalau dah penat, mamanya jadi tukang urut la....
Cari strategi macam mana nak menyelam atau baru nak belajar berenang...?
Fotogenik....
Ini Hanisah....cukup suka bergambar macam mamanya juga. Lihat posing manja dan fotogeniknya....
Selesai BBQ, bersih satu meja,,,,tinggal buah rambutan yang aku bawa tu, Pandan layer pun tak terusik. Masing2 dah kekenyangan...alhamdulillah . Tu botol sos ya.......
Wajah juara musical chair...
Tak lepas peluang posing sakan
Mamanya posing, anak tak lepas peluang
Menceriakan gambar, bukan nangis tau...
Ku abadikan kenangan...saat manis menjalin hubungan kanak2....
Mereka mencipta kenangan indah....mula menjalin kemesraan...tapi sayang waktu ini saat berpisah hampir tiba.
Zaman kanak2, zaman terindah
haikal tunjuk manchonya.........
Mata dah merah...petang tadi rendam dalam kolam, malam ni....sat lagi
tak puas kat condorde....malam2 pun sanggup rendam kolam lagi anakandaku ini...
kolam GYC 8,USJ14

haikal, hanisah, aiman, aliah
Hai, shima Marvelous la you, suara merdu dan santai....
aku admire kat you la.....keh..keh..
Sebahagaian dari kanak2 yang ada malam tu, termasuk anak aku yang 3 orang tu. Yang lain ada dalam kolam agaknya....
Ira dah jadi juara musical chair. Upacara penyampaian hadiah tu...

Ini lah belon2 yang akan menjadi mangsa....

Sedang menunggu arahan....bagaimana nak korbankan belon untuk dapatkan gula2

Belon warna-warni.....hai nasib...kau la belon

Sebahagian ibu2 dan anak2 yang kegembiraan. Dah dapat mandi kolam, dah makan....dapat goodies lagi....
tak pe...nanti sambung terjun kolam lagi, lepas tu...boleh makan lagi...masa masih ada

Ibu-ibu...sebahagian anak2 . Yang lain kat kolam....

Ceria ke tiga2 anakku dapat goodies. Dah makan, kejap lagi nak terjun kolam.....

Tunggu masa nak dihidang kepada tetamu

Siap terhidang. Merah terbakar....wahai si udang

Roti garlic pun ada

Dari arah depan berlatarbelakangkan khemah tetamu

Sibuk berBBQ chef kita....untuk tetamu

Ini yang ku `cicipi' yang lain tak ambil gambar. Malu...banyak sangat kot

Made by brother Fahmi...Chaiyok lah Fahmi

Diantara menu2 pilihan pada malam itu...

Mencari juara....acik & Ira..
Juaranya ialah....

He...he...Haikal tak nangis ...haikal dapat kerusi

Haikal pun turut serta...gembiranya dia...dituruti dibelakangnya Nisa dan Munirah..

Kembara BBQ telah pun bermula. Sambil makan2 acara untuk anak-anak akan bermula... Musical chair...Sedang mendengar arahan dan syarat pertandingan dari kak Nurul

Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di waktu senja. Di rakam dari bilik penginapan...

Bang...bang... siapa yang kena?

Gambar curi.....baru naik dari kolam

Posing........

Kegembiraan jelas terbayang di wajah anak2ku. Itu yang sangat aku harapkan. Memberikan kegembiraan dan kebahagiaan ke dalam hidup mereka. Seringkali mereka ku tinggalkan untuk bekerja. Biar kali ini masa ku luangkan untuk mengembirakan mereka.
Dah dalam kolam, anak2 tak sabar2 minta mamanya turun ke air. Ok juga tu...dah agak lama aku tak mandi kolam.....malas sikit. Tapi kali ini permintaan anak2...

Posing lagi, gaya manja gitu.....
Anakandaku tak sabar2 nak terjun kolam, seronoknya dapat air.......
Bersantai di tepi kolam sementara belum lagi sama2 berendam dengan anak2
Sewaktu aku menulis catatan ini aku berada di Concorde Hotel, Shah Alam. Ada urusan pekerjaan sambil tu bawa anak2 berehat. Bawa anak yang 3 orang je tu... Fuad sedang sibuk nak amil SPM pertengahan Nov. ini. Walaupun Zahir dah tamat PMR dia kena temankan papanya. Nanti papa tak ada geng bercerita kat rumah. Munirah dah tamatUPSR, Hanisah pun dah habis exam akhir tahun. Haikal tu...baru 4 tahun...dan aku sendiri ingin mengambil semula fikiranku yang sudah jauh entah ke mana. Terlalu sibuk dengan urusan harian dan beberapa perkara peribadi yang yang perlu diselesaikan.
Sementara itu disebelah malamnya ada undangan Kembara BBQ oleh sahabat-sahabat di BU.
Sekarang ni aku baru pulang dari BBQ berkenaan. Program Kembara BBQ ni benar2 menghiburkan terutamanya anak2 aku. Ada program 'pool party' untuk anak2. Musical chair, pecah belon pun ada. Itu untuk anak2. Munirah jadi juara untuk musical chair. Dapat hadiah.............Kena pecahkan belon dulu baru boleh dapat gula2. seronok tu... cuma.......... "NAK DAPATKAN SESUATU KENA KORBANKAN SESUATU". Itulah namanya keadilan.... dan..... ada yang menangis tak dapat kerusi......he..he..anak2.
Sambil makan2 kaum ibu berdiskusi sesama sendiri sambil mengawasi anak-anak kat kolam renang. Kaum bapa seronok berkaraoke dan turut diselang-seli oleh kaum ibu...
chaiyok la....suara mereka...kalah....Siti Nurhaliza atau allahyarham P.Ramlee.
aku admire betul dengan suara mereka-mereka itu.....Ada kelas...!
Akan ku titipkan photo-photonya nanti...tunggu ya.